Monday, April 13, 2015

Pengalaman Kali Pertama Ke Kedai Menjual Barangan Kek Di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap dalam keadaan sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin kongsikan pengalaman Kay ke kedai khas menjual barangan membuat kek di Dubai.
Haa..Kay tak pandai buat hiasan kek. Ada juga niat dihati untuk belajar.
InshaAllah kalau Kay buat, semestinya akan dikongsikan di dalam blog!
Resipi kek yang Kay tahu juga terhad..Antaranya kek sarang lebah/semut, Kek Span dan Kek Cokelat Moist Kukus.

Untuk resipi boleh klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/12/resipi-kek-span-perisa-pandan.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/12/resipi-kek-coklat-moist-kukus.html

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

p/s: Terima kasih Khadijah Bt Zainalabidin sebab sudi membawa Kay ke Kedai Wilton yang terletak di Mercato Mall, Dubai. Disamping berkongsi tips dan ilmu pengetahuan dalam menghias kek. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.

Inilah kedai yang menjual barangan membuat kek. Nama  kedai nya ialah Wilton. Wilton mempunyai 2 cawangan iaitu yang terletak di Mercato Mall (cawangan yang besar) dan satu lagi terletak berhampiran dengan First Gulf Bank Metro Station. Wilton merupakann milik Tavola iaitu kedai yang menjual barangan dapur seperti sudu, garpu, senduk, barangan elektrik berjenama antaranya KitchenAid dan Kuvings. Wilton merupakan kedai yang khas menjual barangan untuk membuat kek dan merupakan pembekal kepada supermarket seperti Spinneys, Waitrose dan sebagainya.. Kay ada membeli slow juicer jenama Kuving's di Tavola yang terletak di Mall of The Emirates.. Sila klik
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/12/my-new-kitchen-gadget-kuvings-slow.html

Ilmu pertama yang Kay belajar dari Khadijah ialah fondant! Kalau tak pandai buat fondant, beli sahaja di kedai.
Gambar diatas ialah buttercream fondant yang mempunyai warna seperti merah dan ungu. Khadijah ingin memcari fondant bewarna putih..Harga fondant diatas ialah 59dirham.

Ini adalah fondant jenama Wilton. Berharga 39 dirham.


Ayshah Bella dah dapat kaki. Makanya, satu kedai kek dia pusing..
Kebanyakan barangan yang dijual di Wilton adalah dari Amerika Syarikat.

Pelbagai pilihan..

Pilih sahaja mana corak yang berkenan dihati.



Ayak tepung.




Haa..Kay berminat nak buat cake pop. Tapi belum lagi sampai hajat untuk membelinya. Kay ada tengok Cake Pop machine..

Jenama Lekue ni banyak peralatan yang menarik untuk membuat cookies, kek dan sebagainya.


Dibahagian disebelahnya, ada menjual peralatan untuk membuat kek.

Pelbagai bentuk loyang.


Decorating Set. Sesuai untuk beginners seperti Kay. Tapi Kay belum beli. Buat lawatan sahaja untuk hari ini.


Complete set.




KitchenAid dan Magimix


Add caption


Fondant dan Gum Paste Decorating Set. Tak silap berharga 350++ dirham.
Menurut Khadijah yang kaki baking, Gum Paste tu untuk buat hiasan seperti kelopak bunga yang berdiri. Faham tak penerangan Kay??Hahaha ..Kay pon tak paham sangat sebab tak ada ilmu mem=nghias kek. InshaAllah kalau Kay buat hiasan kek, Kay akan kongsikan di dalam blog!


Rolling Tool Caddy. Berharga 500++ dirham

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...