Thursday, February 6, 2014

Makan Besar Tahun Baru Cina 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan makan besar sempena Tahun Baru Cina 2014 yang dikira agak istemewa untuk Kay dan juga keluarga.
Mengapa? Sebabnya makan besar kali ni Mak Mertua a.k.a Nenek di buat di Dubai (musim sejuk lagi tu..) disamping kehadiran cucu-cucu..Khadejah Bella 2 tahun 11 bulan dan Ayshah Bella 2 bulan.
Sebenarnya mak dan bapa mertua datang ke Dubai dengan tujuan untuk menyambut cucu kedua (Ayshah Bella disamping menjaga Kay berpantang).
Plan asal nak tinggal di Dubai selama 2 bulan tapi dipanjangkan tempoh supaya Nenek dapat sambut Chinese New Year di Dubai.

Memandangkan Chinese New Year kali ni agak istemewa (ditambah Mak Mertua dah lebih 20 tahun tak makan besar dengan anak lelaki tunggalnya yang sentiasa sibuk. Kalau Hari Raya Aidilfitri memang tiap-tiap tahun balik cuma raya Cina ni tak selalu Lau Kong balik untuk makan besar dengan emaknya), makanya Kay punya la bersemangat menghias rumah dengan alas berwarna merah bagai.
Sebenarnya, Kay nak la bagi meriah sebagai tanda terima kasih kepada mak mertua sebab sanggup datang ke Dubai untuk menyambut cucu kedua dan sekali gus menjaga Kay berpantang. Lagipun memang sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, setiap kali Tahun Baru Cina, Mak Mertua akan masak special dari hari-hari biasa. Walaupun sudah memeluk Islam tapi darah Cina masih mengalir dalam badan.
Sebenarnya, Mak Mertua Kay pun tak berapa sihat.. Ada penyakit 3 serangkai(kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi). Tapi Mak Mertua gagahkan juga diri nak datang terutamanya nak tengok cucu!!
Kay bersyukur sebab Mak Mertua sangat-sangat sayangkan cucu. Ha..lagi satu, dah menjadi adat orang Cina untuk anak perempuan yang lahir, dihadiahkan emas. Memang Khadeejah Bella dan Ayshah Bella dapat hadiah rantai emas dari Nenek dan Atok dan buah rantai dari Mak Usu Khasmah. Terima kasih..

P/s:
Ibu mana yang tak sayangkan anak. Mak Mertua memang sayangkan anak-anak(ada 2 je anak..seorang lelaki (Lau Kong) dan seorang perempuan (Mak Usu Khasmah). Lebih-lebih lagi Lau Kong merupakan anak sulung dan anak lelaki tunggal. Jadi sebagai menantu dan Kay juga telah menjadi ibu, makanya Kay mahu bersama-sama membuat hati Mak Mertua gembira menyambut tradisi beliau dengan kehadiran anak lelaki dan juga cucu-cucunya.
Mak Mertua pula kalau menimang cucu, siap cakap " Nenek sayang cucu lebih dari Nenek sayang bapak kau" hahaha..Memang beruntung sangat dapat mak mertua yang sayang cucu!!!

Ok cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!

Sekian terima kasih.

Persediaan majlis mengambil masa 2-3 hari sebelum makan besar. Itu antara buah-buahan yang disediakan. Kebetulan ada limau mandarin dari Pakistan berharga 2.50 dirham per kilo dan manis yang dijual di Carrefour Mall of Emirates. Makanya kami beli 4 kilo. Pisang pula dari Filipin (4.50 dirham per kilo) dan ada rock melon (12 ++ dirham per kilo) yang manis.

Barang basah kami beli di Pasar Ikan Karama, satu hari sebelum makan besar. Udang yang kat bawah tu udang besar. 18 ekor berharga 180 dirham. Kalau 180 dirham dibahagi 18 ekor, bermakna seekor udang berharga 10 dirham!! Memandangkan untuk makan besar tahun baru Cina, maka Lau kong pun beli.. Tak tak, tak merasa la..heheeh..Apa-apapun udang di Dubai tak sesedap udang di Sarawak. Mak Mertua kata udang di Sarawak bangsa yang ada sepit warna biru. Itu nyaman...Ada rasa manis. Udang yang diatas tu kurang nyaman sebab sik manis.

Lao Seng. Sayur campur. Dihiris halus-halus. Kemudian digoreng. Ada lobak merah, batang celery, kulat hitam, daging ayam, hotdog dan cendawan

Yang ini MAk Mertua tengah salut dada ayam dengan telur dan serbuk roti.

Ini lah udang yang sudah siap digoreng dengan butter. Kemudian diangkat dan diletakkan ditepi dan menggunakan butter yang berlebihan untuk membuat kuah udang butter. Setelah siap kuahnya, barulah dimasukkan semula udang yang telah digoreng awal tadi.

Beginilah rupa udang butter.

Inilah Lao Seng yang telah siap digoreng.

Menu nasi ialah Nasi Tomato. Kami gunakan beras basmathi. Sukatan yang kami gunakan ialah 6 pot beras, dan 7 pot air.

Yang ini pula kek. Mak  Mertua memang tak lari dengan kek. Orang Sarawak lah katakan...Yang warna kuning tu Kek Marble. Yang hijau tu Kek Pandan (kesukaan Lau Kong). Kalau hari raya Aidilfitri, kek pandan memang wajib ada. Resipi?? Kay belum belajar lagi..hahaha..Kay makan saja...

inilah rupa dada ayam yang telah siap digoreng bersama dengan sos pencicah yang dibuat sendir..Bukan sos cili Kimball atau Maggie tau!! heheh

Haa..Yang ini Daging Lembu Lada Hitam. Resipi nya ..

Yang ini pula daging itik panggang (belah kiri) dan daging turkey (ayam belanda atau orang Sarwak panggil Ayam Kolok) belah kanan.

Ini pula Kari Daging.

Yang ini ialah Mee Sua. Salah satu makanan yang menjadi adat. Makna makanan mee sua ialah, Makan bagi umur panjang.  Perencah utama Mee Sua ni ialah ayam. Sepatutnya ayam kene letak seekor-seekor, tak boleh dipotong-potong. Telur pula direbus dan diletakkan sebiji-sebiji. Ingat nak gunakan telur burung puyuh (tak kisah sebenarnya samda nak guna telu ayam atau burung puyuh, tapi Mak Mertua nak pakai telur puyuh sebab kecil jadi tak membazir nanti, tapi niat di hati nak pakai telur burung puyuh dibatalkan  sebab mahal. tak silap 12 biji berharga 16++ dirham. Kalau di Malaysia RM2.50 kalau tak silap..)

Selaind ari Mee Sua, Ikan juga wajib ada diatas meja. Makan atau tak makan, IKAN MESTI DIHIDANGKAN DIATAS MEJA. Makna makanan ikan ialah, (Setahun hingga ke tahun seterunya cukup dan selamat). Sama juga seperti ayam diatas. Ikan perlu dihidangkan dan tidak boleh dipotong bahagian sirip, ekor dan sebagainya. Ikan hanya dibuang isi perut dan dimasak. Hidangan diatas ialah Ikan Stim.

Inilah dia rupa meja yang meriah dengan alas kain warna merah dan pelbagai hidangan yang enak semestinya!! Semuanya MAk Mertua yang masak. Kay jaga anak-anak. Sementara anak-anak tidur, Kay curi-curi masa untuk turun ke dapur dan lihat cara penyediaan makanan.

Haa..Ikan sudah dimakan separuh. Bila kemas meja, iakn yang inggal separuh tu dibiarkan atas meja sehingga keesokan harinya. Malam lepas makan besar, kami buang sampah dan basuh baju siap siap. Sebab keesokan harinya mengikut adat Cina TAK BOLEH SAPU SAMPAH dan BASUH BAJU!! Hilang ONG....

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...