Thursday, October 10, 2013

Malaysia Agro Food Festival 2013 Lulu Hypermarket Al Barsha Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay teruja untuk berkongsi pengalaman kali pertama Kay datang ke Malaysia Agro Food Festival yang berlangsung di Lulu Hypermarket, Al Barsha.
Festival ini bermula dari 8 October dan berakhir pada 10 Oktober 2013.
Kepada sesiapa yang berada di Dubai dan belum singgah ke festival ini, jangan lepaskan peluang.
Datang..jangan tak datang..

Ok..Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy the pixx!!!

Last but not least, terima kasih Lau Kong sebab bawa kami ke Lulu Hypermarket semata-mata nak serbu Malaysia Agro Food Festival..heheheh

Ok..ni bunting yang berada di Ground floor..

Pameran berlangsung di aras 1.

Maaf.. Gambar kabur..Pameran berlangsung di luar Lulu. Ini kali pertama Kay datang ke Lulu dengan tujuan bukan untuk membeli barangan dapur. Tapi nak serbu Festival ini!! Teruja sebab dari Malaysia!!.. Selain dari Malaysia, ada juga negara lain seperti Singapura, India dan Australia yang membuat pameran dengan kerjasama Lulu Hypermarket dengan tujuan untuk menembusi pasaran di Dubai. Sedikit info, antara barangan jenama Malaysia yang sudah berada dan dijual di Dubai ini ialah....Ali Cafe..heheheh

Booth pertama yang Kay serbu ialah Puncak Selera yang mempamerkan produk Kari Ikan Keli dalam tin, rambutan dalam tin, jem strawberry, jem mixed fruits dan jus mangga.

Inilah rupa jus mangga keluaran Puncak Selera Sdn Bhd. Yang belakang jus mangga tu ialah mangkuk yang berisi kari ikan keli. Kay cuba dan memang sedap karinya. Cuma Kay tak berapa minat Kari Ikan Keli. Kay minat Keli Goreng Sambal..heheh..
Selain dari Kari Ikan Keli, Puncak Selera juga ada buat Asam Pedas Ikan Keli dalam tin. Sebelum beredar dari booth Puncak Niaga, Kay diberikan Concentrated Mango secara PERCUMA!! Terima Kasih En Johar Bin Jahaya, General Manager Puncak Selera Sdn Bhd.

Ini pula rambutan dalam tin. Yang dijual dengan harga 3 atau 4 dirham. Dengan jenama Kedah Best.

Kemudian Kay serbu booth FAMA dengan tujuan untuk membeli kuah rojak. Malangnya, kuah rojak habis dijual!! Walaubagaimana pun Khadeejah Bella dapat sebungkus Kerepek Ubi Kayu keluaran FAMA. Selain kuah rojak, FAMA juga mengeluarkan jem Roselle, jem nenas dan sebagainya. Lau Kong sempat beli sebungkus Kopi Putih keluaran Agromas. Balik rumah je Kay buat dan sedap. Harga sebungkus kopi dalam 20 atau 25 dirham. Kay tak berapa pasti sebab LAu Kong yang bayar..hihihi

Yang ini pula booth yang mempromosikan madu tualang. Kay tak beli madu sebab kalau kat Dubai ni, apa lagi..beli madu Yaman la yang terkenal..Minum madu, makan madu ok..tapi jangan MADU 3..CHOIII...hihihi(just kidding!!)

Yang ini pula booth yang mempromosikan cokelat buatan Malaysia. 

Apa yang menarik ialah ada cokelat perisa DURIAN?? Kenapa sebelum ni di Malaysia Kay tak tahu ada cokelat buatan Malaysia berperisa DURIAN? Tapi Kay tak beli sebab Lau Kong nak solat Maghrib dan Kay sibuk jaga Khaadeejah dan lupa nak beli. Tapi Kay ada rasa yang sample memang berasa la durian nya. Boleh dijadikan alternatif bagi sesiapa yang mengidam nak makan durian di Dubai, tapi tak jumpa, boleh la makan cokelat perisa DURIAN ini. Masa tulis entry ni, Kay teringat kat dalam almari makanan ada SEBUNGKUS keropok perisa DURIAN yang Kay bawak dari Malaysia masa balik raya Aidilfitri yang lepas..heheh..

Yang ini pula booth yang menjual kopi. Dengan pelbagai campuran. Lau Kong beli Kopi dengan campuran Habbatus Sauda' yang berharga 15 dirham. Bila kami cuba sampel, ada rasa habbatus sauda' dan sedap. Itu yang kami beli. Yang tinggal masa kami datang ialah kopi yang warna ungu (Habbatus Sauda') dan warna hijau. Yang warna oren dan coklat tu dah habis!!

Yang ini pula booth yang mempromosikan produk berasaskan buah kundur. Memang sesuai pasarkan produk buah kundur dinegara Timur Tengah (panas). Kundur mempunyai elemen sejuk.. Kami cuba 4 jenis perasa bes minumam kundur dan akhir nya membeli 2 bes minumam kundur dan asam jawa, dan 1 bes minumam kundur original. Yang perisa madu dan strawberry tidak menambat citarasa kami..Tapi sedap..

Selain dari bes minuman kundur, ada juga halwa kundur. tapi Kay tak beli sebab takminat makan halwa.

Yang ini pula booth yang menjual biskut. Mesti semua kenal dengan biskut raya jenama Noraini dan juga terkenal dengan kuih bahulu. Yang di depan itu lah Puan Noraini. Kay tanya kenapa tak bawak kuih bahulu..Jawapan nya ialah pameran ini adalah bagi tujuan eksport. Makanya beliau membara biskut-biskut keluaran syarikat beliau ialitu Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd. Kay tak beli apa-apa di biskut disini sebab kat rumah banyak biskut dah..Digestive, Hup Seng pon ada Kay hangkot dari Malaya....Tapi Kay ada bagi Khadeejah makan sampel biskut cokelat jenama Noraini..

Ini antara biskut dari syarikat Puan Noraini...

Ini pula booth yang mempromosikan produk Gaharu. Gaharu yang dijadikan teh untuk masalah Gout dan diabetes..HOGA (Holistic Gaharu) sudah pun menembusi pasaran Dubai dan dipasarkan di pasaraya Union Co-op. (Union dalam bahasa Arab ialah Etihad..kita belajar sikit bahasa Arab ok..hihih).. Syarikat ini mempunyai ladang gaharu di Gopeng, Perak..(Teringat kat kampong teman di Kuale Kangsor, Perak..)

Inu booth yang terakhir Kay lawati. Booth yang menjual produk berasakan buah Markisa. Tapi tuan nya solat dan tiada orang yang jaga..Ada lagi beberapa booth yang Kay tak lawat sebab dah tutup..antaranya booth yang menjual makanan sejuk beku...

Ini adalah antara hasil tangkapan kami pada petang tadi. Dapat buah belimbing PERCUMA. Cuma tiada rezeki untuk buah durian sebab dah habis stok. Buah nangka pula akan dibuka pada hari esok bersamaan dengan 10 October 2013 iaitu hari terakhir festival.


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...