Tuesday, May 21, 2013

Pearl Market in Beijing

Assalamualaikum dan selamat malam.
Entry kali ni Kay nak kongsikan lagi pasal tempat membeli belah yang menarik di sekitar Beijing.
Entry sebelum ni Kay dah kongsikan pasal Silk Street Market
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html

Haa..yang ini pun pasal tempat shopping..Namanya Pearl Market ataupun Hongqiao Market.
Sama juga seperti Silk Street Market yang terkenal dengan jualan barangan tiruan. Cuma disini terkenal dengan pelbagai jenis mutiara.

Tempat ni juga sering menjadi tumpuan pramugari atau pramugara untuk membeli-belah. Tips utama ialah tawar-menawar. Jangan takut untu berjalan ke kedai lain kerana kebanyakan kedai menjual barangan yang sama. Bila penjual nampak kita nak bergerak ke kedai lain, mereka akan terus bercakap dan teruskan usaha untuk menawar sampai anda puas hati...

Ok cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics!


Sekian terima kasih.

Kami bergerak ke Pearl Market menaiki teksi. Sebelum tu Lau Kong ke kaunter pertanyaan lobi hotel untuk mendapatkan peta bagaimana ke Pearl Market. Kemudian pekerja hotel yang menjaga pintu tolong panggilkan teksi dan beritahu pemandu teksi yang kami ingi ke Pearl Market dalam bahasa Cina. Lau Kong diam je la..Walaupun Lau Kong tahu berbahasa Mandarin..Harga teksi dalam 50 yuan daro hotel ke Pearl Market.

Antara banguna yang Kay sempat capture masa dalam teksi..Kay tak tahu la tu bangunan pejabat apa...Tapi manarik perhatian Kay sebab bentuk bulat...

Tadaa..ini lah dia Hongqiao Market..Sediakan duit banyak-banyak!!!heheh

Memnadangkan kami bergerak pagi dalam pukul 10 pagi dan belum sarapan, makanya kami bersarapan dahulu di Yoshinoya. Menu biasa ialah Nasi dan Ikan...

Haa..jangan terkejut kalau kita dengar penjual cakap " Murah! Murah!!" Kay beli satu beg dan bergambar dengan penjual nih..Dia agak fasih berbahasa  Inggeris..

Khadeejah pun dapat juga ..Patung Panda dan beg Panda. Kedua-duanya berharga 60 yuan..Seronok kemain..Berjalan peluk panda sesaje..


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...